Home » Langit Terbuka » Vaksinasi lengkap: Boleh solat di surau, masjid

Vaksinasi lengkap: Boleh solat di surau, masjid

Selepas diberikan kebenaran, jemaah yang hadir menunaikan solat di masjid dan surau mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19. - Foto Al Hijrah News

Kuala Lumpur: Kebenaran menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau akan diberikan kepada individu yang sudah menerima vaksinasi Covid-19 lengkap berkuatkuasa Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemudahan itu terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara.

Beliau berkata, jemaah yang hadir untuk menunaikan solat bagaimanapun mesti menunjukkan kepada petugas masjid dan surau sijil digital vaksinasi Covid-19 yang menyatakan mereka sudah menerima vaksinasi lengkap.

“Pihak masjid dan surau pula perlu pastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal selain memastikan jemaah terus pulang setelah selesai solat.null

“Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah ibadat.

“Bagaimanapun, pelaksanaan kemudahan ini adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi rumah ibadat selain Islam,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas, hari ini.

Beliau turut menjelaskan, penerima vaksin lengkap mesti melepasi hari ke-14 suntikan dos kedua bagi vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac atau hari ke-28 dari tarikh suntikan bagi vaksin yang memerlukan satu dos sahaja iaitu Johnson & Johnson dan CanSino.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *