Home » Citra Yadim » Musa’adah Bekalan Air Terengganu: Pam kedua beroperasi

Musa’adah Bekalan Air Terengganu: Pam kedua beroperasi

KUALA NERUS – Pam air kedua bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di daerah ini, yang diusahakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu kini sudah beroperasi.

 

 

Pam elektrik berkenaan dipasang di Yusof Mohamad Kampung Pengkalan Maras di sini pada 8 Ogos dengan bantuan Sukarelawan YADIM.

 

Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin berkata, sebelum ini pam pertama dipasang di kediaman Mohd Shabaruddin  Hamzah di Kampung Alor Damat pada 6 Ogos.

 

Menurutnya lagi selain pam air, pihaknya juga mengusahakan sumbangan air mineral kepada penduduk terjejas.

 

Sehingga kini, sebanyak 1,878 botol air mineral pelbagai saiz telah disumbangkan.

 

Gangguan bekalan air di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang sedang berlaku kini dipercayai berpunca daripada pam paip yang pecah di dasar Sungai Terengganu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *