Home » Langit Terbuka » Viral hukuman tidak solat Jumaat benar

Viral hukuman tidak solat Jumaat benar

Viral surat yang dikeluarkan Pejabat Kadi Daerah Mersing serta hukuman tidak menunaikan solat Jumaat yang tersebar di laman sosial.

JOHOR BAHRU – Viral kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat yang tular di laman sosial adalah benar.

Exco Agama negeri, Abd Muttalib Abd Rahim berkata, ini kerana perkara tersebut terkandung dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

“Ya memang ada di bawah Seksyen 14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 tentang perkara tersebut.

“Di bawah seksyen tersebut ada memperuntukkan bahawa mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab-sebab munasab adalah melakukan satu kesalahan.

“Jika disabitkan, dia boleh didenda atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Terdahulu, tular tentang surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Daerah Mersing bertarikh 19 Februari 2018 tentang perkara itu dan menerima pelbagai reaksi.

Surat tersebut turut menyatakan perkara tersebut perlu dihebahkan kepada ahli qariah masjid sama ada selepas solat Jumaat 1 Mac 2018.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *