Home » Citra Yadim » Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia

Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia

Dari kiri: Dr. Ahmad Wifaq bin Mokhtar, Dr. Yusri Mohamad, Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin dan Ustazah Nor Safina binti Zainal

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Pencerahan mengenai usaha melahirkan piawaian tadbir urus Islam di Malaysia melalui Indeks Syariah Malaysia kini giat dilaksanakan. Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara telah memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai perkembangan yang berkaitan kepada peserta yang hadir.

Di dalam program tersebut, dua kertas kerja telah dibentangkan oleh dua orang tokoh ilmuan iaitu Dr. Ahmad Wifaq bin Mokhtar, Timbalan Pengarah, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan tajuk “Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Urus Tadbir Negara” dan Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia dengan tajuk “Indeks Syariah Malaysia: Satu Pengenalan.”

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang merasmikan Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia berkata, berikutan banyak tohmahan yang ditujukan kepada agensi-agensi Islam kebelakangan ini, satu mekanisme sememangnya diperlukan bagi menilai kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Menurut beliau, Indeks Syariah Malaysia ini telah dibangunkan oleh pakar-pakar yang bukan datang dari kalangan ahli politik bagi mengukur dan menyemak secara keseluruhan sama ada dasar dan program yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan agensi yang berkaitan menepati tahap penyempurnaan lima aspek tuntuan Maqasid Syariah; iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Tambah beliau lagi, hasil penyelidikan tersebut akan dibentangkan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Turut hadir adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Dr. Yusri Mohamad.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *