Home » Citra Yadim » FMD sebagai ejen perubahan masyarakat

FMD sebagai ejen perubahan masyarakat

Dr Yusri Mohamad dan Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyampaikan sijil kepada salah seorang FMD

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Barisan pelapis kepimpinan muda Islam yang dibentuk oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sejak tahun 2014 melalui program Felo Muda Dakwah (FMD) telah diraikan dalam satu Majlis Graduasi dan Penyampaian Watikah semalam.

Dalam majlis tersebut, seramai 22 orang Felo Muda Dakwah Siri 1 bagi tahun 2015 telah menerima sijil graduasi masing-masing  setelah menamatkan latihan intensif selama 6 bulan. Kesemua mereka telah berjaya mengikuti pelbagai latihan sama ada dalam bentuk teori mahupun praktikal melalui enam modul khas, antaranya kepemimpinan, disiplin, kewarganegaraan dan undang-undang sebagai persiapan sebelum terjun ke medan dakwah yang sebenar.

Majlis telah dirasmikan oleh Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mewakili  Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam ucapannya, Asyraf telah menyentuh tentang keperluan negara ini dalam melahirkan generasi pelapis kepimpinan di dalam pelbagai lapangan yang mempunyai fikrah tasawwur dan jati diri Islam yang luhur dan bersifat holistik.

Beliau juga mengingatkan tentang tugas yang perlu digalas oleh para FMD ini bukan mudah dalam situasi masa kini apabila Islam sedang diasak dari pelbagai sudut. Situasi sebegini memerlukan penampilan ejen-ejen Islam yang mempunyai jati diri dan ketrampilan yang tersendiri yang boleh membawa mesej Islam yang terkini. Dan yang paling penting adalah menjadi ejen perubahan kepada masyarakat yang lebih besar selepas ini.

Selain itu, seramai 32 orang lagi menerima watikah sebagai Felo Muda Dakwah. Manakala satu kumpulan lagi seramai 23 orang sedang menjalani latihan. Pada tahun 2014, 19 orang perintis program FMD ini telah menamatkan latihan mereka.

Majlis juga mengumumkan Penerima Anugerah Khas FMD Kategori Lelaki yang dianugerahkan kepada Abdul Hafiz Mat Tuah, 30 tahun. Sementara Penerima Anugerah Khas FMD Kategori Wanita adalah Norshahida Khalid, 24 tahun.

Abdul Hafiz Mat Tuah, menerima Anugerah Khas FMD Kategori Lelaki daripada Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Abdul Hafiz Mat Tuah, menerima Anugerah Khas FMD Kategori Lelaki daripada Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki

 

Nurshahida Khalid, penerima Anugerah Khas FMD Kategori Wanita
Nurshahida Khalid, penerima Anugerah Khas FMD Kategori Wanita

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *