Home » Citra Yadim » Wacana Malaysia Madani Bersama NGO Kedah

Wacana Malaysia Madani Bersama NGO Kedah

BAGI Memberi kefahaman yang mendalam mengenai Aspirasi Malaysia Madani di Kedah, YADIM dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Rakyat Aman (SUARA) menganjurkan program Wacana Malaysia Madani Bersama NGO Kedah pada 25 Julai.
Program di Alor Setar itu dihadiri 150 wakil NGO dari seluruh Kedah.
Menariknya, seramai 20 wakil NGO bukan Islam turut hadir ke program ini.
NGO yang ditemui menyatakan berpuas hati dengan penerangan yang diberikan yang menurut mereka, jelas dan mudah difahami.
Tiga sesi ceramah diadakan dalam program ini yang menampilkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md Hussain sebagai panel pertama dengan tajuk ‘Konsep Malaysia Madani’
Penceramah kedua ialah Haji Farid Faiz, seorang Perunding Utama Modul Malaysia Madani membawa tajuk ‘Nilai Madani Dalam Pembentukan Negara’ manakala Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia, Haji Azmi Abd Hamid pula ialah penceramah ketiga.
Perasmian program disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus. Dalam ucapannya, beliau menyeru rakan rakan NGO yang hadir untuk sama sama memartabatkan aspirasi Malaysia Madani.
Hadir sama dalam program ini ialah Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof Madya Dr Adi Anuar Azmin, Pengarah YADIM Kedah/Perlis, Puan Hajah Hafsah Husain dan Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Fadzil Alias.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *