Home » Citra Yadim » Seminar Keluarga Mawaddah dan Memperkasakan Lelaki Qawwam

Seminar Keluarga Mawaddah dan Memperkasakan Lelaki Qawwam

ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara turut disantuni YADIM menerusi pelbagai pendekatan termasuk kerohanian.
Justeru, selaras dengan hasrat kerajaan memperkasakan lelaki qawwam, Bahagian Penyelarasan NGO YADIM bekerjasama dengan Markas Divisyen Pertama Infantri Kuching, Sarawak mengadakan Seminar Keluarga Mawaddah dan Memperkasakan Lelaki Qawwam pada 25 Julai.
Pegawai dan anggota beserta isteri masing-masing seramai 158 orang menyertai program bermula jam 8 pagi hingga 3 petang ini di markas berkenaan.
Ustaz Mohd Nasrullah Zainal Abidin daripada Yayasan Hikmah Sarawak merupakan panel pertama program ini sebelum panel kedua, Ustaz Zaki Jaafar daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia Sarawak memberi pengisian.
Program ini dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Tuan Haji Alwi Haji Morshidi.
Hadir sama ke program ini ialah Ketua Staff Divisyen Pertama Infantri, Kolonel Mohd Rosli Derasid, Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat dan Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO, Abdul Hafiz Mat Tuah.
Inisiatif Lelaki Qawwam merupakan usaha bagi memperkasakan golongan lelaki dengan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dalam usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan sosial.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *