Home » Langit Terbuka » Wanita hina Islam dipenjara 18 bulan

Wanita hina Islam dipenjara 18 bulan

Terdapat 800,000 masjid di seluruh Indonesia. - GAMBAR HIASAN

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan, hari ini kerana merungut tentang laungan azan terlalu kuat.

Meiliana, 44, didapati bersalah kerana menghina Islam selepas dia meminta masjid di kawasan kejiranannya memperlahankan sistem pembesar suara laung azan atas alasan ‘menyakitkan telinganya’.

Mahkamah di bandar Medan di Pulau Sumatera memberitahu rungutan wanita Cina itu turut mencetuskan rusuhan ganas di kawasan kejiranan tersebut, kira-kira dua tahun lalu hingga memaksa sebahagian penduduk Cina melarikan diri.

Tahun lalu, bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dihukum penjara dua tahun kerana menghina Islam selepas beliau didapati bersalah menggunakan ayat al-Quran dalam ucapannya ketika berkempen. – AFP / Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *