Home » Langit Terbuka » World #QuranHour cipta momentum menggalakkan

World #QuranHour cipta momentum menggalakkan

World Quran Hour 2019 diadakan serentak di lokasi utama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan beribu-ribu lokasi di seluruh negara dan dunia. - Foto World Quran Hour

KUALA LUMPUR – World #QuranHour yang diadakan sejak empat tahun lalu berjaya mencipta momentum menggalakkan dalam kalangan orang ramai untuk mendekati dan memahami al-Quran.

Sehubungan itu, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub berharap semangat berinteraksi dengan al-Quran ini dapat diteruskan di tempat masing-masing walaupun selepas program berkenaan berakhir.

“Dalam tempoh 10 tahun ini, kita harap orang ramai mula menjadikan berinteraksi dengan al-Quran sebagai budaya. Dari situ, kita dapat lahirkan satu generasi umat yang ada kerangka fikiran dan akhlak mengikut al-Quran,” katanya dalam satu temu bual program televisyen semalam.

World #QuranHour akan berlangsung esok, Khamis bersamaan 25 Ramadan dengan mengangkat surah Al-Kahf sebagai tema.

Program ini diadakan serentak di lokasi utama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dan beribu-ribu lokasi di seluruh negara dan dunia.

Tambah Hussammuddin, umat Islam perlu berusaha menjadi seseorang yang berilmu bagi memahami al-Quran.

Sehubungan itu, katanya lagi, al-Quran tidak eksklusif kepada golongan tertentu sahaja sebaliknya menjadi tanggungjawab semua ummah untuk memahami isi kandungannya.

“Kita nak `mainstreamkan’ fahaman bahawa al-Quran ini bukan eksklusif tetapi ia untuk semua orang. Allah juga dah janji bahawa al-Quran ini solusi untuk sepanjang zaman.

“Jadi kita kena baca, faham dan hayati al-Quran, tetapi untuk faham kena ada ilmu. Sebab itu orang Islam kena jadi orang berilmu dan gali lagi perincian dalam al-Quran,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *