Home » Langit Terbuka » Wujudkan jawatan KSU dalam Jakim

Wujudkan jawatan KSU dalam Jakim

Kerajaan diharap dapat meningkatkan peruntukan kepada JAKIM yang mempunyai kekangan kewangan untuk menjalankan penguatkuasaan - Foto malaysiaupdates

KUALA LUMPUR.- Kerajaan dicadangkan mewujudkan jawatan ketua setiausaha (KSU) turus tiga dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai usaha meningkatkan tahap dan peranan institusi itu dalam menegakkan syiar Islam.

Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN- Kuala Krau) berkata, jawatan KSU adalah lebih besar dan dapat memberi arahan kepada ketua-ketua pengarah lain.

Selain mewujudkan jawatan itu katanya, kerajaan juga perlu meningkatkan peruntukan kepada JAKIM yang mempunyai kekangan kewangan untuk menjalankan penguatkuasaan.

“Saya mohon Yang Berhormat menteri tolong peluk sikit, bisik-bisik, pegang lutut Perdana Menteri, minta tingkatkan peruntukan kepada Jakim untuk jadi kementerian bagi tingkatkan syiar Islam di negara kita.

“Saya juga bersetuju untuk wujudkan jawatan KSU turus tiga dalam Jakim,” katanya sewaktu membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. -Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *