Home » Citra Yadim » Kontinjen YADIM di sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan

Kontinjen YADIM di sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan

PUTRAJAYA – Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 2018 di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah turut serta menghantar delegasi menyertainya.

Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan YADIM terlibat dalam majlis tersebut yang bermula seawal jam 7 pagi.

Dianggarkan lebih 3,000 peserta dari pelbagai agensi dan negeri membanjiri PICC bagi memeriahkan sambutan tahun ini.

Sementara itu, tokoh agama dan guru al-Quran, Datuk Paduka Nik Jaafar Nik Ismail dari Kelantan, dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Turut berangkat , Tuanku Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *