Home » Langit Terbuka » YADIM anjur kempen ‘Jom Ke Masjid’

YADIM anjur kempen ‘Jom Ke Masjid’

YDP YADIM (bawah) memasang pelekat kempen di kenderaan sebagai gimik pelancaran Program Kempen Ke Masjid dan Surau.- Foto YADIM

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini mengambil inisiatif menganjurkan Program Kempen ‘Jom Ke Masjid’.

Yang Di Pertuanya, Nasrudin Hassan berkata, program berkenaan menjadi sebahagian daripada pengisian program utama Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD) bertujuan menggalakkan seluruh umat Islam di Malaysia kembali mengimarahkan masjid dan surau susulan Fasa Peralihan Endemik 1 April lalu.

Katanya, Bagi menjayakan Kempen ini YADIM mewujudkan kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk Persatuan Pemandu Teksi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta menggerakkan Sukarelawan YADIM dan Rakan Siswa YADIM di seluruh negara untuk menyampaikan mesej bagi mengajak umat Islam kembali mengimarahkan masjid dan surau.

“Mesej galakkan ini akan disebarkan melalui pelbagai pendekatan termasuklah edaran lebih 14,000 pelekat kenderaan, tazkirah pendek dan ceramah online.

“Kita harap semakin ramai umat Islam dapat hadir ke masjid dan surau sekali gus dapat mengimarahkan program keagamaan dan kemasyarakatan khususnya di bulan Ramadan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Nasrudin berkata, YADIM yakin bahawa selepas dua tahun umat Islam mengalami pelbagai sekatan SOP dalam mengekang penularan wabak COVID- 19, kini tibalah masanya kita kembali memeriahkan aktiviti di masjid dan surau dengan mematuhi beberapa peraturan ditetapkan. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *