Home » Langit Terbuka » YADIM anjur Program Fastabiqul Khairat

YADIM anjur Program Fastabiqul Khairat

Mufti Wilayah Persekutuan semasa melancarkan buku Fastabiqul Khairat terbitan YADIM hari ini. - Foto RTM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menganjurkan program Fastabiqul Khairat yang merupakan strategi penjenamaan semula produk-produk yayasan itu di bawah kepimpinan baharu, menjelaskan hala tuju semasa Yadim bertepatan dengan konsep Rahmatan Lil A’lamin.

Yang DiPertua YADIM, Nik Omar Nik Abduk Aziz dalam ucapannya hari ini menekankan, Fastabiqul Khairat harus menjadi landasan utama kehidupan masyarakat Malaysia khususnya umat Islam.

Program tersebut antara memberi fokus untuk mengajak masyarakat menjadi agen dakwah, meningkatkan kefahaman masyarakat dalam mengejar kebaikan serta menyebarluas maklumat dan peranan YADIM.

Turut diadakan majlis forum khas “Malaysia Negara Rahmah” yang dibarisi panel terkenal, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapiem), Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Datuk Seri Dr Zulkifli turut melancarkan buku berjudul Fastabiqul Khairat nukilan Al Fadhil Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz. – RTM

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *