Home » Langit Terbuka » Terapkan rahmah dalam pentadbiran kerajaan baharu di setiap peringkat

Terapkan rahmah dalam pentadbiran kerajaan baharu di setiap peringkat

Datuk Dr Mohd Daud Bakar ketika berucap semasa menjadi ahli panel dalam Forum 'Malaysia Negara Rahmah' di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yapeim), Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, negara kini berdepan dengan cabaran menterjemahkan konsep rahmah dalam bentuk polisi, masyarakat, dan negara dalam memastikan ia merentasi kesemua jabatan dan kementerian di negara ini.

Beliau berkata, konsep mengejar kebaikan perlu dikembangkan lagi dan dimainkan peranannya dalam pentadbiran kerajaan hari ini.

Katanya, Rahmah dan Rahmatan Lil-Alamin boleh berada dan diamalkan di semua tempat cuma ianya tidak pernah dibincangkan untuk dijadikan sebagai tema kehidupan.

“Rahmah yang kita bawa ini bukan retorik semata-mata. Ia tidak mungkin dan adalah mustahil jika rahmah yang paling banyak disebut di dalam Al Quran sebenarnya retorik.

“Apa yang saya nak tekankan, kita perlu naratif skrip yang baru dan menampilkannya pada rakyat tanpa ada kekurangan atau tokok tambah kerana agama telah memberikan ‘dos’ yang cukup.

“Skrip yang dibina nanti perlu dikurangkan politiknya. Skrip politik berbeza dengan skrip kita. Kita perlu menerangkan bukan menyerang. Oleh kerana itu, skrip atau naratif yang dibina, perlu menjurus kepada penyatuan Islam.

“Penampilan Islam juga perlu dimodenkan dan dikontemporarikan penyampaiannya untuk berhubung dengan masyarakat islam sendiri dan juga bukan islam. Kita perlu menterjemahkan segala mesej kebaikan dalam bahasa moden yang mudah difahami,” katanya semasa menjadi ahli panel dalam Forum Bertajuk Malaysia Negara Rahmah dalam program Fastabiqul Khairat anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua YADIM, Nik Omar Nik Ab Aziz dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkefli Mohamad Al Bakri. – Malaysia Dateline

 

Terapkan rahmah dalam pentadbiran kerajaan baharu di setiap peringkat

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *