Home » Citra Yadim » YADIM bakal laksana program kembara di Narathiwat

YADIM bakal laksana program kembara di Narathiwat

PUTRAJAYA – Usaha dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus diluaskan ke luar negara.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, pihaknya bercadang melakukan lawatan kerja ke wilayah Narathiwat di Selatan Thailand bagi melaksanakan program program dakwah di sana.

“Kita laksanakan dalam bentuk jelajah atau Kembara YADIM. Antara pengisiannya termasuklah program melibatkan golongan remaja, pasukan Sukarelawan Al Rahmah dan bantuan asnaf.

“Selain itu juga boleh libatkan Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) yang miliki pelbagai kepakaran di dalamnya seperti perubatan, undang undang, pendidikan dan sebagainya. InsyaAllah kita rancang untuk diadakan sebelum Ramadhan.

“Saya akan bawa ke mesyuarat pengurusan tertinggi dan minta Ketua Pegawai Eksekutif YADIM sediakan kertas kerja,” kata Nik Omar.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Guru Guru Taman Didikan Kanak Kanak Wilayah Narathiwat, Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat yang melakukan kunjungan hormat ke ibu pejabat YADIM di sini pada 17 Februari.

Guru guru berkenaan mengajukan soalan tentang bentuk program yang boleh dilaksanakan YADIM di wilayah berkenaan.

Seramai 43 orang Guru Guru Taman Didikan Kanak Kanak wilayah tersebut, diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Bahagian Pelajaran dan Dakwah, Ibrahim Wannawan, hadir ke majis pertemuan itu.

Hadir sama ke pertemuan ini ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr Muhammad Razak Idris, Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa, Dr Masitah Esa dan Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO, Mohd Fitri Aziz Yusof.

Dalam pada itu, guru guru berkenaan turut berharap agar YADIM dapat membantu dalam melaksanakan program pemerkasaan jati diri golongan belia, agar tidak terlibat dengan gejala sosial, pembangunan sekolah selain usaha usaha memartabatkan Bahasa Melayu.

Berhubung pembangunan guru dan sekolah, Nik Omar berkata sekiranya sesuai, sejumlah guru di Narathiwat mungkin boleh dibawa untuk menjalani latihan mengenai pengurusan di Institut Latihan Dakwah Yadim milik YADIM di Semungkis, Hulu Langat.

Mengakhiri pertemuan, kedua pihak berharap agar perkara yang dibincangkan semasa lawatan dapat dilaksanakan supaya membawa manfaat kepada keduanya.

Sebelum ini, Muhammad Razak dan beberapa pegawai dari Bahagian Perhubungan Antarabangsa YADIM telah beberapa kali ke Narathiwat bagi meneroka bidang kerjasama yang boleh dilaksanakan badan dakwah ini di sana.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *