Home » Citra Yadim » Majlis Penyampaian Watikah SAR Yadim Parlimen Kapar.

Majlis Penyampaian Watikah SAR Yadim Parlimen Kapar.

KAPAR – Penubuhan pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Parlimen Kapar dilihat akan menyemarakkan aktiviti kesukarelawanan di kawasan ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa, Yang Berhormat Dr Daroyah Alwi.

Menurut beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan SAR Kapar dalam menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang santai, namun memberi impak kepada masyarakat.

“Kita cadangkan untuk meningkatkan pemberian bantuan kepada warga B40 yang memerlukan,  samada kewangan, barangan, program ilmu, dan sebagainya.

“Saya yakin SAR dan YADIM boleh bantu untuk capai dan laksana hasrat ini,” ujar beliau dalam Majlis Penyampaian Watikah SAR YADIM Parlimen Kapar pada 16 Februari di Dewan Orang Ramai Kampung Rantau Panjang, di sini.

Hadir sama ialah Pengerusi SAR Negeri Selangor, Hasmawi Mahidin, Ketua Pasukan SAR YADIM Kapar, Alifah Nasiran, Penghulu Kampung Rantau Panjang, Juraimi Mahadi, Ketua Kampung Rantau Panjang, Adim Abd Rahman, serta Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM, Abdul Qaiyum Aris dan Muzzammil Musbah.

Majlis turut dihadiri oleh wakil wakil SAR dari daerah Kuala Langat, Klang, Sepang, Rawang dan  Sabak Bernam.

Sebagai gimik pelancaran Daroyah telah memakaikan vest pasukan kepada 10 orang wakil SAR Kapar.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada YADIM atas penubuhan pasukan ini dan yakin ia akan disambut baik oleh masyarakat.

Sementara itu, Abdul Qaiyum dalam  ucapannya berkata, SAR  bergerak di komuniti dengan memfokus kepada kebajikan sosial dan pemantapan pengamalan nilai Islam, selain membina jaringan dakwah masyarakat pada masa yang sama.

Senada dengan Abdul Qaiyum, Hasmawi berkata, SAR Selangor akan bergerak selaras dengan hasrat YADIM yang menjadikan dakwah, pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan sebagai teras aktivitinya.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *