Home » Citra Yadim » YADIM, BBM Kedah sampaikan sumbangan pada golongan memerlukan di Alor Setar

YADIM, BBM Kedah sampaikan sumbangan pada golongan memerlukan di Alor Setar

ALOR SETAR – Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM) Kedah pada 28 April telah bekerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan, Briged Bakti Malaysia (BBM) untuk mengedarkan sumbangan kepada mereka yang dikenal pasti terjejas dengan Covid-19 di sekitar bandar raya ini.

Mewakili YADIM ialah Azmi Mohamad, manakala BBM pula oleh Ketua Bahagian Kota Setar, Sharifah Sharida Syed Hashim dan Ketua Pemuda BBM Kota Setar, Syed Amirul Asraf Syed Ismail. Dua lagi wakil BBM Kedah ialah Syed Amirul Asraf Syed Ismail serta Syed Anuar Syed Noh.

Sebanyak 30 pek sumbangan diagihkan kepada asnaf, muallaf, Orang Kelainan Upaya dan pesakit kronik.

Sumbangan yang disampaikan adalah beras dan barangan keperluan harian. BBM pula menyumbangkan pakaian dan sedikit wang tunai.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *