Home » Langit Terbuka » Jakim nafi keluar garis panduan sambut Aidilfitri

Jakim nafi keluar garis panduan sambut Aidilfitri

Jakim menjelaskan, sebarang sebaran maklumat yang tidak dikeluarkan melalui saluran rasmi Jakim adalah tidak sah. - Foto FMT

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan jabatan itu mengeluarkan garisan panduan sambutan Aidilfitri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti mana yang tular di media sosial.

Jakim berkata sebarang sebaran maklumat yang tidak dikeluarkan melalui saluran rasmi Jakim adalah tidak sah.

“Jakim menafikan ada mengedar sebarang dokumen mengenai panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKP.

“Sebarang makluman rasmi yang tidak dikeluarkan melalui saluran rasmi Jakim adalah dianggap tidak sah,” katanya salam satu kenyataan.
Terdahulu tular di media sosial mengenai garis khusus sambutan hari raya ketika PKP oleh Jakim, antaranya cara bagaimana mengerjakan solat sunat Aidilfitri bersama keluarga.

Ia juga menggariskan larangan mengadakan rumah terbuka, amalan ziarah keluarga dan kubur. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *