Home » Citra Yadim » YADIM bersama warga pondok dan masyarakat siam sempena Bulan Dakwah 2.0

YADIM bersama warga pondok dan masyarakat siam sempena Bulan Dakwah 2.0

KUALA NERANG – Program Bulan Dakwah 2.0 negeri Kedah diteruskan pada hari kedua di daerah ini pada 20 November 2021.

Program ini diadakan di Pondok Ahmadiah yang dipercayai tertua di negeri ini, yang dibangunkan oleh  Allahyarham Datuk Ahmad Mohd Nor yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Pak Teh Mat.

Hingga ke hari ini, ia antara pusat pengajian agama tradisional yang tersohor di Kedah.

Program ini adalah anjuran bersama pondok terbabit dan beberapa agensi disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Padang Terap, Yang Berhormat Tuan Haji Roslan Abd. Rahman.

Sebanyak 50 pek makanan disampaikan kepada warga pondok dan 10 pek makanan pula disampaikan kepada masyarakat Siam daerah ini.

Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Padang Terap, Tuan Syed Ismail Syed Omar, Pengerusi Sukarelawan YADIM (SAY) Pendang, Abd. Ghani Sudin dan Pengerusi SAY Baling, Abu Hassan Musa.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *