Home » Citra Yadim » YADIM cadang enam bidang kerjasama dengan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia

YADIM cadang enam bidang kerjasama dengan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia

PUTRAJAYA – Selaras dengan hasrat untuk memperluaskan kerjasama dan inisiatif dakwah ke peringkat antarabangsa tahun ini, YADIM pada 9 Februari telah menawarkan sebanyak enam bidang kerjasama dengan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia.

Dewan Dakwah Islamiah Indonesia merupakan sebuah organisasi dakwah terkemuka di negara jiran itu yang mempunyai cawangan di 32 provinsi di sana.

Enam bidang tersebut ialah mengukuhkan kesatuan wahdatul fikr dalam mendokong matlamat dikongsi bersama iaitu satu rumpun dan agama yang sama serta bersedia bekerjasama bagi pembangunan ummah, mewujudkan jaringan tenaga (pendakwah) dan penyatuan ummah nusantara yang berpegang teguh terhadap pegangan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, menganjurkan seminar, persidangan, simposium, forum dan sebagainya bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman masyarakat berkaitan ajaran Islam serta mengadakan perkongsian pintar dalam aspek pembangunan modal insan di kalangan belia/mahasiswa. 

Turut dicadangkan ialah perkongsian kepakaran dan pengalaman dalam aspek pengurusan dakwah dan menerbitkan artikel ilmiah dan karya umum bagi penerangan berkaitan Islam.

Cadangan ini disampaikan dalam satu kunjung hormat secara maya antara kedua badan dakwah ini.

Mewakili YADIM ialah Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan, Ahli Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, kepimpinan tertinggi badan ini dan wakil wakil daripada rakan badan bukan kerajaan agensi ini.

Ustaz Nasrudin menyatakan, YADIM dan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia boleh saling bertukar pengalaman dan kepakaran berdakwah di negara masing masing.

“Dari perkongsian ini kita lihat nanti, untuk seterusnya adakan symposium, forum dan sebagainya,” ujar beliau.

Dewan Dakwah Islamiah Indonesia pula diwakili oleh Ketua Umumnya, Dr. H. Adian Husaini, Sekretaris Umum, Drs. H. Avid Solihin, Wakil Ketua Umum, Dr. Mohammad Noer.

Dr H Adian menyifatkan YADIM sebagai sebuah badan yang sudah lama dikenalinya dan beliau mengikuti rapat perkembangan dan aktiviti YADIM.

Beliau turut menyambut baik cadangan oleh YADIM sambil menegaskan, ini adalah peluang memperkuat kerjasama memperkasa pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di rantau ini.

Selain itu, turut dicadangkan dalam pertemuan ini ialah untuk mewujudkan sebuah sekretariat secara bersama bagi menangani isu isu dakwah di nusantara.

Delegasi kedua badan dakwah ini teruja untuk mengadakan program secara bersama pada masa akan datang kerana keduanya mempunyai banyak persamaan dalm gerak kerja masing masing.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *