Home » Citra Yadim » YADIM dalam Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Insan Kedah.

YADIM dalam Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Insan Kedah.

ALOR SETAR – Dalam usaha melestarikan gerakan dakwah di negeri ini, YADIM Kedah telah mengadakan kerjasama strategik dengan kerajaan negeri untuk memastikan  pembangunan insan berjalan seiring pembangunan fizikal.

Terbaharu pada 7 Februari, badan dakwah ini telah bersama-sama  menjayakan Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Insan Negeri Kedah.

Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah dilantik sebagai fasilitator program.

Ketua Fasilitator yang mengendalikan bengkel ini ialah Prof Madya Dr Aminurrashid Yatiban dari Universiti Utara Malaysia.

Bengkel sehari yang diadakan di Hotel RAIA di sini, telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat Kedah, Yang Berhormat (YB) Dato’ Ustazah Hajah Siti Aishah Haji Ghazali,

Sebanyak sembilan teras dalam pelan strategik ini telah dibincang dan dibahaskan dalam bengkel ini.

Hadir sama dalam bengkel ini ialah dua orang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Mohd Dr. Hayati Othman dan YB Romani Wan Salin.

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri turut hadir memberikan pandangan dan perkongsian iaitu YB Ustaz Salim Mahmood, YB Ustaz Mohd Azam,YB Haji Azhar Ibrahim, YB Munir Zakaria dan YB Nasir Idris.

Selain ADUN, ketua-ketua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, Kumpulan Pemikir dan badan bukan kerajaan turut dilibatkan dalam program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *