Home » Citra Yadim » Perbincangan gerak kerja dan penyampaian sumbangan SAY Kuala Selangor

Perbincangan gerak kerja dan penyampaian sumbangan SAY Kuala Selangor

TANJUNG KARANG – Sukarelawan YADIM Kuala Selangor pada 7 Februari telah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Bahagian Khidmat Bakti YADIM di sini.

Selain bertujuan membincangkan hala tuju dan gerak kerja pasukan tersebut sepanjang tahun ini, ia turut diselitkan dengan penyampaian sumbangan beg sekolah untuk 30 anak yatim yang dikenalpasti memerlukan serta 20 lagi untuk anak anak asnaf di kawasan ini.

Pengerusi SAY Kuala Selangor, Puan Asmah Husin dan Setiausaha beliau, Puan Norshidah Samad, lapan ahli jawatankuasanya telah hadir ke perjumpaan ini. Tiga orang ahli baru pasukan juga menunjukkan komitmen mereka apabila hadir sama.

Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti YADIM, Abdul Qaiyum Aris serta Ustaz Ariff Adzwan Mohd Ali dan Zarina Mohd Hidzir telah mewakili YADIM dalam pertemuan ini.

 

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *