Home » Citra Yadim » YADIM di Kelantan meraikan jemputan daripada sekolah-sekolah

YADIM di Kelantan meraikan jemputan daripada sekolah-sekolah

HARI Yang sibuk untuk YADIM di Kelantan apabila meraikan jemputan daripada sekolah-sekolah pada 24 Jun.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin pada 24 Jun telah menyempurnakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di empat buah sekolah.

Bermula di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bemban Kota Bharu, jam 8.45 pagi dengan kehadiran seramai 241 ibu bapa dan penjaga.

Turut hadir ialah Guru Besar sekolah, Encik Khairul Azam Che Seman dan Yang Dipertua PIBG, Puan Hajah Siti Norina Muhamad.

Seterusnya ialah perasmian Mesyuarat Agung PIBG di SK Kamil 1, Pasir Puteh pada jam 11 pagi.

Di sini 360 orang penjaga hadir bersama Guru Besar, Encik Samsul Bahari Mohd Jali dan Yang Dipertua PIBG, Encik Hisamuddin Ab Rashid.

Program kemudiannya diteruskan pula ke Mesyuarat Agung PIBG dan Penutup Kursus Kepimpinan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai, Pasir Puteh, pada jam 12.30 tengahari.

Sempena dengan penutupan kursus, telah diselitkan juga sesi motivasi kepada 120 pemimpin pelajar yang hadir bersama 215 orang ibu bapa.

Pengisian sesi motivasi disampaikan oleh Perunding Latihan dan Motivasi, ITQAN Partners Training & Consultancy, Encik Nik Tarmizi Nik Ab Rahman.

Pengetua Encik Mohd Anuar Ibrahim serta Yang Dipertua PIBG Puan Rozah Abdul Aziz hadir sama.

Di sebelah petang pula, Ustaz Zamri merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Padang Pak Amat, Pasir Puteh, pada jam 2.30 petang.

Seramai 271 ibu bapa dan penjaga hadir ke mesyuarat ini.

Pengetua sekolah, Encik Azri Mohamed bersama Yang Dipertua PIBG, Dato Haji Che Min Che Ahmad telah hadir ke majlis ini.

Bersama Ustaz Zamri ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang yang turut serta di kesemua sekolah berkenaan.

Di setiap sekolah yang diraikan ini, YADIM menyampaikan sumbangan bernilai RM2,000.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *