Home » Citra Yadim » Bertemu Mudir Pondok Al Islahiah, Jelawat, Bachok, Baba Zulkarnain Harun

Bertemu Mudir Pondok Al Islahiah, Jelawat, Bachok, Baba Zulkarnain Harun

SEBAGAI Sebuah badan dakwah, institusi pondok mempunyai hubungan istimewa dengan YADIM.

Dalam lawatan kerja di Kelantan ketika ini, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin mengambil kesempatan bertemu dengan Mudir Pondok Al Islahiah, Jelawat, Bachok, Baba Zulkarnain Harun pada 25 Jun.

Mereka duduk berbincang panjang mengenai pelbagai isu seperti pendidikan, gerak kerja dakwah dan isu semasa, yang turut disertai oleh beberapa lagi guru guru pondok seluruh Kelantan.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.

Turut disentuh ialah hasrat untuk mengadakan ijtimak ulama pondok dalam masa terdekat dengan Kelantan menjadi tuan rumah.

Untuk makluman, YADIM pernah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan institusi pengajian tinggi bagi kerjasama dalam bidang penerbitan, media, kepimpinan mahasiswa, sukarelawan dan sebagainya yang juga melibatkan institusi pondok.

Artikel Berkaitan

Penyampaian Rehal Al-Quran Oleh YADIM Kelantan

KOTA BHARU – YADIM Negeri Kelantan meneruskan usaha memperkukuh jalinan ukhuwah bersama institusi masjid menerusi Majlis Jalinan Kasih: Penyampaian Rehal al-Quran yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *