YADIM Interaktif di Kulim dan Ziarah Asnaf di Gurun

0
112

KULIM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Kedah) mengisi kalendar aktiviti Bulan Dakwah mereka dengan dua program hari ini (18 Oktober).

Program pertama ialah YADIM Interaktif yang diadakan di pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini.

Seramai 26 peserta menghadiri program ini yang diisi dengan sesi motivasi dari penceramah Ribatlife Islamic Training & Consultacy, Ustaz Mohamad Sofi Mohamad Akhir.

- advertisement -

Program kedua ialah Ziarah Asnaf bertempat di Dewan Undangan Negeri Gurun.

Ia diadakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Jerai, Pertubuhan Kebajikan Darul Ikhlas Gurun, Pertubuhan Kebajikan Masyarakat (PERKEM)dan Persatuan Ibu Tunggal Jerai.

Pusat Khidmat Parlimen Jerai
menyampaikan sumbangan membaiki bumbung yang mengalami kerosakan manakala YADIM pula menyampaikan pek makanan asasi kepada beberapa asnaf terpilih di kawasan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here