Home » Citra Yadim » Mosque Open Day sempena 1 Kurun MAIPs

Mosque Open Day sempena 1 Kurun MAIPs

KANGAR – Sebagai usaha menyantuni dan menyebar dakwah kepada masyarakat pelbagai budaya dan kaum di negara ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis pada 17 Oktober telah bekerjasama menganjurkan program Mosque Open Day di sini.

Program di Masjid Saidina Umar Al Khatab di sini, diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, One Centre Malaysia (OCM) dan Jabatan Mufti Perlis sempena sambutan 1 Kurun MAIPs.

Mufti Perlis, Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah menyampaikan ucaptama dalam program ini.

Beliau dalam ucapannya berharap agar program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang dan mengalu alukan kedatangan masyarakat bukan Islam ke pejabat pejabat agensi agama Islam di negeri ini pada bila bila masa.

Program ini dihadiri kira kira 200 peserta daripada pelbagai masyarakat daripada komuniti Tiong Hua, India, Siam, dan lain lagi.

Antara pengisian program termasuklah acara praktikal solat, jelajah masjid, pemberian cenderamata, kuiz, pameran hijab, dan penyampaian sumbangan zakat.

Turut diadakan ialah sesi dialog harmoni yang melibatkan panel daripada pelbagai latar belakang dan kaum. Panel sesi tersebut ialah Saudara Tai Zee How, Penyelenggara Facebook dan YouTube Ulasan Apek Cina, Dr Balachandran a/l Gopal Krishnan, Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar Terengganu dan Saudara Muhammad Zamri Vinoth, kKetua Pegawai Operasi One OCM.

Personaliti televisyen, Amin Idris pula bertindak selaku moderator kepada sesi ini.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *