Home » Citra Yadim » YADIM Interaktif : Kursus Sembelihan Pemuda Qariah Masjid Cherok To’ Kun

YADIM Interaktif : Kursus  Sembelihan Pemuda Qariah Masjid Cherok To’ Kun

BUKIT MERTAJAM – Penyampaian dakwah bukan semata mata bertujuan mengajak masyarakat ke arah kebaikan, namun sebaiknya ia juga sewajarnya diisi dengan ilmu sebagai panduan.

Sesuai dengan itu, YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Pemuda Qariah Masjid Cherok To’ Kun Bawah, Bukit Mertajam pada 18 Jun telah mengadakan program YADIM Interaktif : Kursus  Sembelihan kepada pemuda qariah tersebut.

Bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada mereka mengenai kaedah menyembelih yang betul dan menurut syarak, Ustaz Khairol Fitri Kiraman selaku penceramah dijemput memberi pengisian program kepada lebih 50 peserta yang hadir.

Antara yang disentuh ialah syarat syarat sembelihan, hikmah serta langkah langkah yang betul untuk melaksanakan ibadah sembelihan, serta sesi soal jawab bersama peserta kursus.

Selesai sesi teori, Ustaz Khairol Fitri  memulakan sesi praktikal dengan menunjukkan kaedah yang betul melaksanakan sembelihan. Seekor ayam diberikan kepada setiap peserta bagi tujuan amali dan di akhir kursus diberi pendedahan berkenaan dengan sembelihan kambing.

Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang Ustaz Mohammad Fadzil Alias, Pengerusi Masjid, Haji Azimy Don, Timbalan Pengerusi Masjid, Haji Ismail Ali, Bendahari Masjid, Ustaz Wan Muhammad Hamidulah dan Ketua Pemuda Qariah Masjid, Mohd Rostam Rahim.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *