Home » Citra Yadim » YADIM Johor telah turun padang menyantuni mangsa banjir dengan kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru dan PUSPANITA

YADIM Johor telah turun padang menyantuni mangsa banjir dengan kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru dan PUSPANITA

DENGAN Kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru dan PUSPANITA Daerah Johor Bahru, YADIM Johor pada 13 Januari telah turun padang menyantuni mangsa banjir di sekitar kawasan berkenaan.
Turun padang menyampaikan sumbangan kepada 200 keluarga yang disantuni ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr Zulkifli Hasan.
Penduduk yang disantuni ialah mangsa banjir di Kampung Bukit Sungai Tiram, Lorong Makpiah , Kampung Sungai Tiram, Kampung Mulia, Kampung Pasir , Kampung SC, Kampung Paya dan Kampung Sungai Serai di dalam Mukim Sungai Tiram.
Tidak ketinggalan ialah Kanpung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Kangkar Tebrau dalam Mukim Tebrau.
Dr Zulkifli dan YADIM Johor juga melawat satu Pusat Pemindahan Sementara, iaitu di Sekolah Kebangsaan Nam Heng yang masih beroperasi menempatkan 19 keluarga.
Antara sumbangan yang disampaikan ialah Bakul Madani YADIM(barang keperluan harian), sumbangan tunai khas daripada Etiqa Takaful Berhad dan juga snek makanan ringan sumbangan syarikat Family Bite Malaysia .
PUSPANITA Daerah Johor Bahru turut menyumbangkan barang keperluan dalam program pada hari ini.
Pegawai Daerah Johor Bahru, Haji Muzaldin Haji Mohamed serta Pengarah YADIM Johor, Encik Muhammad Ammar Abdullah hadir sama dalam program ini.
YADIM mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *