Home » Citra Yadim » YADIM Johor terima kunjungan Exco Agama Johor

YADIM Johor terima kunjungan Exco Agama Johor

Tosrin (kanan) sewaktu mendengar taklimat di Dewan YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor, pada 8 Julai telah menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor, Yang Berhormat Tosrin Jarvanthi.

Lawatan beliau ke YADIM Johor bertujuan mendapatkan maklumat lebih terperinci berhubung gerak kerja dakwah badan ini selain membincangkan peluang kerjasama yang boleh dijalin bersama.

Mewakili YADIM dalam perbincangan ialah Pengarah Kanan Sektor Latihan Dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah Johor, Muhamad Ammar Abdullah selain turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangannya.

Dalam sesi perbincangan yang diadakan di Dewan YADIM Johor itu, Tosrin tertarik dengan program dakwah melibatkan golongan bukan Islam serta menyatakan cadangannya  untuk dibentangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Beliau menambah, YADIM diberi peluang untuk mengemukakan kertas cadangan bagi mendapatkan sumbangan untuk tujuan pelaksanaan program programnya.

Tosrin turut menyatakan hasratnya untuk melibatkan YADIM dalam program Semarak Kasih Negeri Johor, iaitu satu program melibatkan beliau dan agensi agensi berkaitan ke masjid masjid seluruh Johor.

Hasil kesungguhan dan keberkesanan gerak kerjanya, YADIM Johor  telah dimasukkan sebagai salah satu agensi dalam mesyuarat mingguan Jawatankuasa Exco yang dipengerusikan Tosrin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *