Home » Citra Yadim » YADIM Kedah dan Perlis meraikan Tahun Baharu Cina MACMA

YADIM Kedah dan Perlis meraikan Tahun Baharu Cina MACMA

SABAN Tahun, YADIM turut meraikan rakan-rakan yang menyambut Tahun Baharu Cina.
Pada 24 Februari, YADIM Kedah dan Perlis telah terlibat dalam penganjuran program bersama badan bukan kerajaan untuk perayaan berkenaan. Program anjuran MACMA Daerah Kulim ini berlangsung di perkarangan Pejabat Agama Daerah Kulim.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah perkongsian ilmu, persembahan tarian pelajar Tadika dan pemberian angpau Tahun Baru Cina untuk kanak-kanak yang hadir.
Para tetamu juga turut menggaul Yee Sang sebagai simbolik kepada kemakmuran dan kebahagiaan sambutan Tahun Baharu Cina.
Seperti sambutan majlis rumah terbuka perayaan lain, tetamu duduk semeja menikmati juadah dan bergambar kenangan sebelum pulang.
Hadir sama Pengerusi MACMA Malaysia, Professor Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pegawai Agama Daerah Kulim, Syeikh Haizan Hamzah, Penolong Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain dan Pengerusi MACMA Kulim, Haji Firdaus Ang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *