Home » Citra Yadim » YADIM Kedah santuni komuniti India, Cina Jerai

YADIM Kedah santuni komuniti India, Cina Jerai

GURUN – Dakwah dan gerak kerja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merentasi agama dan bangsa.

Sesuai dengan itu,atas semangat Keluarga Malaysia, YADIM pada 13 September telah menyantuni seramai 12 keluarga India dan Cina di Kampung Sungai Pintar dan Taman Sri Jerai di sini.

Dalam program yang diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Al Faizin itu, YADIM Kedah telah mengedarkan bendera Jalur Gemilang dan sumbangan barangan keperluan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Penerima terdiri daripada golongan B40, anak Yatim, warga emas dan individu uzur yang tinggal di kawasan berkenaan yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah , Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Ustaz Mohamad Ismail, Ahli Majlis Daerah Yan, Ustazah Fadhilah Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Sungai Puntar, Ummu Shahidah  Muhamud, Timbalan Pengerusi Al Faizin Care, Ustazah Haryati  Mohd Mokhtar dan wakil  komuniti India, Loganathan A/L Muniandy.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *