Home » Langit Terbuka » Selangor benarkan akad nikah di masjid, pejabat agama

Selangor benarkan akad nikah di masjid, pejabat agama

Menurut JAIS, majlis pernikahan itu boleh dilangsungkan setiap hari tetapi kehadiran masih terhad kepada pasangan pengantin dan wali saja. - Foto Media Prima

SHAH ALAM – Majlis akad nikah dibenarkan berlangsung di masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pejabat Agama Islam Daerah, bermula esok.

 

JAIS melalui perkongsian dalam Facebook rasmi memaklumkan, majlis itu boleh dilangsungkan setiap hari tetapi kehadiran masih terhad kepada pasangan pengantin dan wali saja, manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.

 

“Bagi yang sudah lengkap vaksinasi berdasarkan kad atau sijil digital vaksinasi, mereka perlu memenuhi kriteria iaitu melepasi 14 hari dari tarikh suntikan kedua bagi vaksin Pfizer, AstraZeneca serta Sinovac, dan melepasi 28 hari bagi vaksin Johnson & Johnson serta CanSino.

 

“Bagi yang belum lengkap vaksinasi pula, ujian saringan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) hanya wajib ke atas pengantin serta wali.

 

“Ujian saringan COVID-19 itu perlu dilakukan dalam tempoh 72 jam (tiga hari) dari waktu pelaksanaan majlis, dan keputusan ujian perlu dikemukakan kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

 

Pada 1 Julai lalu, JAIS hanya membenarkan majlis akad nikah dilangsungkan dengan kehadiran fizikal di jabatan berkenaan dan Pejabat Agama Islam Daerah.

 

Menjelaskan lanjut, JAIS berkata, pihak terbabit wajib mematuhi ketetapan semasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan negeri berkaitan langkah keselamatan.

 

“Jika terdapat pelanggaran ketetapan semasa, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama boleh menangguh atau membatalkan majlis akad nikah.

 

“Tindakan tegas wajar diambil jika ada mana-mana individu atau pihak didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan semasa yang ditetapkan,” katanya.

 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 03-55143400 / 03-55143600 atau e-mel: buuk@jais.gov.my. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *