Home » Citra Yadim » YADIM Kedah santuni Peneroka FELDA Sg.Tiang dan KEDA Paya Lipai

YADIM Kedah santuni Peneroka FELDA Sg.Tiang dan KEDA Paya Lipai

PENDANG – Dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan, sebanyak 30 keluarga di FELDA Sungai Tiang dan Desa KEDA Paya Lipai di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 14 Julai.

Mereka terdiri daripada keluarga ibu tunggal, warga emas, pesakit kronik dan golongan B40 yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan di sini.

Bersama YADIM Kedah, antara badan yang terlibat ialah Pertubuhan Rabitah Anak Pendang,  Persatuan Sedekah Raudatul Jannah dan Sukarelawan YADIM Pendang.

Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria hadir sama ke program ini selain Ahli Jawatankuasa Rabitah Anak Pendang, Ustaz Azhar Abd Ghani, Pengerusi SAY Pendang, Abd Ghani Sudin, Pegawai Agama FELDA Sungai Tiang, Ustaz Aliff Yusoff dan Pegawai dari Ibu Pejabat KEDA, Mukmin Rozi.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *