Home » Citra Yadim » Yadim Kelantan bantu 3,200 asnaf tahun ini

Yadim Kelantan bantu 3,200 asnaf tahun ini

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan telah membantu seramai 3,200 individu dan golongan asnaf yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 menerusi tabung Musa’adah sepanjang tahun ini.

Menerusi dana dalam tabung itu juga, Yadim Kelantan turut melaksanakan Program Lestari yang mengumpulkan seramai lebih 370 sukarelawan di seluruh negeri ini untuk bergotong-royong di rumah individu dan asnaf terpilih.

Pengarah Yadim Kelantan, Mahadi Awang berkata, pihaknya telah memperuntukkan lebih RM200,000 merupakan agihan barangan keperluan kepada keluarga dan golongan asnaf yang terkesan.

“Terbaharu, kita memberi tumpuan kepada penduduk yang terjejas banjir di daerah Tumpat, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tanah Merah.

“Sukarelawan itu turut menghantar bekalan kepada mangsa banjir yang tidak ke pusat pemindahan sementara (PPS) banjir dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Cuci-Cuci Musalla dan Musa’adah di Musalla Tok Janggut di sini hari ini. -K! ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *