Home » Langit Terbuka » Zulkifli ingatkan pendakwah selebriti jaga imej

Zulkifli ingatkan pendakwah selebriti jaga imej

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, para pendakwah selebriti juga perlu saling nasihat menasihati antara satu sama lain, untuk menjaga imej Islam - Foto Hiasan UmmahToday

SEPANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berharap kejadian kes jenayah membabitkan pendakwah selebriti di Malaysia tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Tegas beliau, perbuatan jenayah dilakukan segelintir mereka akan memberi persepsi buruk terhadap keseluruhan golongan pendakwah selebriti.

“Tolonglah jaga, termasuk diri saya. Saya ‘tok sey’ (tidak mahu) dengar,” katanya ketika berucap pada majlis Tausiyah bersama pendakwah selebriti di sini pada 24 Disember.

Zulkifli berkata, kes jenayah membabitkan golongan pendakwah selebriti pasti akan mendapat liputan meluas di media.

“Kalau ustaz dengan gambar-gambar sekali (dipaparkan dalam media), dua minit kita tahu dah siapa (orang yang terlibat),” katanya.

Zulkifli berkata, para pendakwah selebriti juga perlu saling nasihat menasihati antara satu sama lain.

“Pertama, kita saling menasihati. Sesama Islam, salah satunya dalam majlis seperti ini, apabila kita bersama dekat satu sama lain, ingat mengingatkan.

“Maka di situ kita harap sinar pada tahun 2021 supaya tidak akan dengar lagi sebarang isu konflik seperti ini,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *