Home » YADIM MADANI » YADIM Kelantan: Program Jelajah Sedar Remaja Madani

YADIM Kelantan: Program Jelajah Sedar Remaja Madani

PROGRAM Jelajah Sedar Remaja Madani bertemakan ‘Sayangi Diri, Tolak Vape’ Peringkat Negeri Kelantan telah melabuhkan tirainya menerusi penganjuran siri kesepuluh yang berlangsung pada 2 September di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat.
Seramai 80 pelajar daripada pelbagai sekolah menengah di daerah Tumpat telah menyertai program ini. Mereka diberi pendedahan mengenai bahaya penggunaan vape, kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat serta membina daya tahan diri dalam menghadapi cabaran masa kini.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Penolong Pengarah Kanan YADIM Negeri Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusof. Majlis perasmian pula telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembangunan Murid) PPD Tumpat, Haji Zulkifli Mat Ali. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid (PPDa), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Encik Mohd Nasrul Safwan Zaukafali.
Salah satu pengisian utama program ialah slot kerohanian yang disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Puan Nur Ayuni Norudin yang menekankan kepentingan pembangunan sahsiah dan jati diri remaja Madani berlandaskan nilai-nilai Islam.
Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, YADIM Kelantan, dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta dikendalikan bersama oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *