Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan santuni anggota keluarga SAY

YADIM Kelantan santuni anggota keluarga SAY

BERAT Mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Terlantar dan tidak dapat menguruskan diri, Mohd Nazrul 34 tahun dari Bachok, Kelantan kini hanya mengharapkan isteri yang tidak bekerja untuk menguruskan dirinya serta keluarga.
Beliau yang menyara pendapatan dengan memanjat pokok kelapa telah terjatuh ketika memetik buah kelapa muda tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.
Beliau dan isteri serta seorang anak berumur 2 tahun lebih tinggal di rumah yang uzur di kampung Telong Kandis, Bachok.
Prihatin dan atas rasa bertanggungjawab dengan nasib Nazrul yang juga merupakan abang kepada ahli Sukarelawan YADIM (SAY) Jajahan Bachok, YADIM Kelantan pada 15 Mei tampil menziarahi beliau dan menbawa sumbangan lampin pakai buang dan barangan keperluan harian.
Seterusnya rombongan YADIM Negeri Kelantan menziarahi seorang ahli SAY Jajahan Pasir Puteh, Puan Rose Mornaliza Ramli di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 yang mengidap leukemia.
Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *