Home » Citra Yadim » Yadim Kelantan santuni kaum Tionghua sempena Tahun Baru Cina

Yadim Kelantan santuni kaum Tionghua sempena Tahun Baru Cina

KOTA BHARU – Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan menyantuni sebanyak 16 keluarga Tionghua di sekitar bandar ini pada 11 Februari.

Majoriti yang disantuni merupakan golongan B40 yang memerlukan bantuan.

Empat daripada daripada mereka pula merupakan saudara baharu. Sumbangan yang diserahkan berupa barangan keperluan makanan asas.

YADIM Kelantan diwakili oleh Pengarahnya, Mahadi Awang.Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Nor Ashikin Abdullah dan Timbalan Pengerusi Kelab Kebajikan Baitul Hijrah, Nor Hazlin Wong Abdullah.

Sumbangan disampaikan kepada penerima di kediaman masing masing.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *