Home » Citra Yadim » Nasi Beriani untuk frontliners

Nasi Beriani untuk frontliners

SEBERANG JAYA – Sebagai menghargai usaha petugas barisan hadapan di kawasan ini menangani penularan Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Pulau Pinang pada 11 Februari telah menyantuni mereka dengan pemberian nasi beriani.

Sebanyak 50 bungkusan diserahkan kepada anggota keselamatan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya sekitar kawasan ini. Sumbangan diserahkan kepada Ketua Balai Polis Seberang Jaya, Inspektor Mohd Faizal Naim oleh Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.

Selesai penyerahan ringkas di Balai Polis Seberang Jaya, YADIM Pulau Pinang kemudiannya ke Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan dan menyerahkan 100 bungkusan nasi beriani kepada petugas kesihatan di pejabat berkenaan.

YADIM juga menyumbang dua buah kipas bagi ditempatkan di khemah Pusat Petugas Covid-19.

Hadir di majlis ini ialah Koordinator Pusat Penilaian Covid-19 Seberang Perai Selatan, Dr Siti Rohani Ramli, Pegawai Perubatan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit Pejabat Kesihatan Seberang Perai Selatan, Dr Erma Rosnida Rosle dan Pegawai Perubatan (Pentadbiran) Pejabat Kesihatan Seberang Perai Selatan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *