Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan santuni pengayuh beca Kota Bharu

YADIM Kelantan santuni pengayuh beca Kota Bharu

KOTA BHARU – Tiada siapa dapat menafikan pengayuh beca kini bergelut untuk mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.

Dengan bergantung semata mata kepada pelancong untuk mendapatkan pendapatan, yang juga semakin berkurangan, kini berdepan pula dengan risiko penularan Covid-19.

Menyedari golongan ini berdepan dengan kesulitan berganda, Yayasan dakwah islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan tampil membantu mereka menerusi program YADIM Peduli Musaádah 2.0 di sini pada 3 Mac.

Seramai 16 pengayuh beca menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Kelantan menerusi program ini.

Mewakili YADIM Kelantan menyampaikan sumbangan ialah pengarahnya, Haji mahadi awang. Turut hadir Aizad Shafiq Mohd Ridzuan mewakili Ketua Penolong Setiausaha,Pelancongan Dan Kebudayaan Kelantan serta Ketua Persatuan Pengayuh Beca Kelantan, Che Udi Che Pa.

Sumbangan di lakukan secara pandu lalu bagi mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengawal penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *