Home » Citra Yadim » YADIM Peduli di Pasar Malam Bandar Darul Aman dan Kodiang

YADIM Peduli di Pasar Malam Bandar Darul Aman dan Kodiang

JITRA – Nasib golongan yang memerlukan terus dibantu oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah di negeri ini.

Terbaharu pada 3 Mac, YADIM Kedah menyantuni seramai 20 orang peniaga pasar malam di Bandar Darul Aman di sini. Mereka menerima barangan keperluan harian untuk meringankan beban akibat terjejas secara langsung dengan Covid-19.

Program ini diadakan dengan kerjasama Majlis Dakwah Negara (MDN) Kedah dan rakan badan bukan kerajaan Dhuafa Sejahtera dan Inisiatif Bandar Selamat.

Hadir ke majlis ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pesuruhjaya MDN Kedah Prof. Madya Dr Nasri Md Hussin, Pengerusi Dhuafa Sejahtera, Amin Ismail, Pengerusi Inisiatif Bandar Selamat, Hamid serta Pengerusi Persatuan Pasar Malam Kubang, Pasu, Shaimi Ahmad.

Selesai bersama peniaga pasar malam, program diteruskan dengan menyantuni, seorang pemuda Orang Kelainan Upaya berusia 18 tahun di sini. Beliau yang baharu saja kehilangan ayahnya masih belum memiliki kad pengenalan.

Melalui kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara yang datang ke kediamannya untuk mendapatkan kad pengenalan, YADIM juga menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan lampin pakai buang.

Ini merupakan kali kedua YADIM bekerjasama dengan JPN Kedah dalam menyantuni mereka yang memerlukan. Pada 1 Mac lalu, kedua agensi ini membantu seorang warga emas di Kuala Kedah menerusi penggantian kad pengenalan dan sumbangan barangan keperluan harian.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *