BACHOK – YADIM Negeri Kelantan turut sama menjayakan Majlis Maulid Arba’in Kelantan 5.0 yang diadakan di Masjid An-Naim Jelawat, Bachok pada 8 September.
Pengisian program bermula dengan solat Maghrib berjemaah, berzanji, selawat dan tausiyyah oleh ulama terkemuka Kelantan iaitu Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Tuan Guru Sheikh Wazir Che Awang, Mudir Pondok Al Irfan, Baba Haji Abdul Rahman Abdul Kadir dan Mudir Pondok Al Islahiyyah, Baba Zulkarnain Haron.
Turut menyampaikan tausiyyah ialah ulama dari Yaman, Dr Mustafa Al Hadad yang telah diterjemahkan oleh Ustaz Lukmanul Hakim Mohamed dari Pondok Muhammadiah Beta Hilir. Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan adalah Penolong Pengarahnya, Ustaz Mohammad Nur Iqbal Mohd Syafie.
Majlis turut diserikan dengan persembahan Team Qasidah dari Pondok Muhammadiah Beta Hilir.
Penganjuran ini menjadi sebahagian daripada usaha YADIM menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta membudayakan amalan berselawat dalam kalangan masyarakat.



KOMEN