Home » Citra Yadim » YADIM Kolaboratif: Jelajah Bicara Ilmu Bandar Baharu Siri 1

YADIM Kolaboratif: Jelajah Bicara Ilmu Bandar Baharu Siri 1

LENSA YADIM Kolaboratif: Jelajah Bicara Ilmu Bandar Baharu Siri 1 di Masjid Al-Irfan Permatang Pasir, Masjid Al-Falah Sungai Tengas, Masjid Al-Afdhal Bukit Apeng dan Masjid Al Ridzuan Kariah Chelong, Bandar Baharu pada 8 Ogos.
Program ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat awam berkaitan adab perbezaan pendapat dalam Islam yang dijayakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu dan ABIM Negeri Kedah.
Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain selaku penyelaras dan pembicara telah mengundang Ustaz Luqmanul Hakim Abd Razak, Ustaz Ahmad Farhi Zoher dan Cikgu Bilal Khossim sebagai penceramah undangan YADIM bagi siri kali ini.
Buku Adab Ikhtilaf keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga telah diagihkan secara percuma sebanyak 250 naskhah kepada jemaah masjid yang hadir.
Turut hadir menjayakan program tersebut ialah Pengerusi merangkap Imam Masjid Al-Falah, Haji Shamsul Anuar Mahmudin, Pengerusi merangkap Imam Masjid Al-Irfan, Ustaz Basir Siron, Setiausaha Masjid al-Ridzuan, Ustaz Zulkifli Hamid serta Pengerusi merangkap Imam Masjid Al-Afdhal, Ustaz Saari Ranli.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *