Home » Citra Yadim » Yadim komited aktifkan aktiviti dakwah

Yadim komited aktifkan aktiviti dakwah

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) komited membantu Kerajaan Negeri Sabah serta pihak berkuasa agama negeri dalam menggerakkan dan mengaktifkan lagi aktiviti dakwah dan pembangunan ilmu di Sabah.

Yang Dipertua YADIM, berkaya yayasan itu juga berhasrat mengadakan program berkala dan sedia mengundang tokoh-tokoh lain dari dalam dan luar negara untuk manfaat bersama.

Beliau ditemui media pada Majlis Singgahsana Ilmu di Dewan Istiadat, Istana Negeri di sini pada 24 Mei lalu.

Pada majlis itu, ceramah santai bertajuk `Indahnya Islam Agamaku’ disampaikan penceramah bebas, Ustaz Hariyanto Rizal Rokman kepada kira-kira 150 orang.

Antara yang hadir termasuk Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Ombi, Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah,(MUIS), Datuk Mohd. Suhaili Said, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Borhan Dollah, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Turut menyerikan majlis adalah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M  Jasni. – UTUSAN BORNEO

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *