Home » Citra Yadim » YADIM Melaka bantu sedia pusat rehat E Hailing pertama Malaysia

YADIM Melaka bantu sedia pusat rehat E Hailing pertama Malaysia

AYER KEROH – Menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri Melaka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka telah terlibat membantu menyediakan sebuah kemudahan berehat untuk pemandu dan penunggang perkhidmatan E Hailing di negeri ini.

Pusat di Kompleks Melaka Mall itu merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini, bagi kemudahan penunggang dan pemandu E Hailing berehat.

Ia disediakan atas dasar keprihatinan kerajaan Melaka, bagi menghargai sumbangan golongan ini terhadap ekonomi negeri itu.
YADIM membantu menyediakan kemudahan solat di pusat tersebut dengan sumbangan sejadah dan pelekat doa.

Pada majlis ini juga, YADIM menyantuni seramai 200 pemandu dan penunggang E Hailing yang hadir dengan sumbangan barangan keperluan harian untuk mereka.

Hadir ke majlis ini ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya serta Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *