Home » Citra Yadim » YADIM Melaka santuni Orang Asli Bukit Sebang

YADIM Melaka santuni Orang Asli Bukit Sebang

ALOR GAJAH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka terus menyantuni pelbagai golongan di negeri ini tanpa mengambil kira latar belakang mereka.

Bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Sebang di sini pada 13 Mac, telah diadakan program YADIM Peduli & YADIM Lestari: Musaadah YADIM Melaka 2021.

Meskipun hanya 7 daripada 20 keluarga yang disantuni adalah Muslim, mereka yang bukan Muslim tetap dibantu dan menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Melaka.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim. Turut turun turun padang ialah Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Melaka, Ustaz Mohd Arif Rahimi Md Sakih, Penolong Pengarah Bahagian Antarabangsa YADIM, Zamzarizal Mad Arifin dan wakil komuniti kawasan berkenaan, Tok Batin Arifin.

Selain menyampaikan sumbangan, turut dilaksanakan YADIM ialah Program Cuci Cuci di Surau Al Hidayah di kampung tersebut.

Bukan sahaja membersihkan, peserta program yang terdiri daripada kakitangan badan dakwah ini dan sukarelawan YADIM Melaka juga mengecat dinding surau serta menyumbang papan tanda untuk rumah ibadah ini.

Selesai program di Kampung Orang Asli Bukit Sebang, YADIM Melaka melaksanakan pula sumbangan kepada kariah Masjid As Syahidin Kampung, di Pulau Subang.

Sumbangan diterima Pengerusi Masjid As Syahidin, Mohd Akhir Harun.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *