Home » Citra Yadim » Isád Al Usrah Daie YADIM

Isád Al Usrah Daie YADIM

GOMBAK – Bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Kala Batu 12 di sini, Bahagian Khidmat Bakti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program Isád Al Usrah bagi tujuan pembaikan kediaman seorang penduduk di sini.
Program pada 13 Mac yang dijayakan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Syabab Care Malaysia dan Masjid Utara Gombak ini berhasrat menjalinkan hubungan antara pihak YADIM bersama NGO lain serta penduduk kampung setempat selain menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Kediaman yang dibaiki ini adalah milik Daie Dai Orang Asli YADIM yang menjadi agen dakwah di kawasan ini, Sofea Norlin Anjang.
Pembaikan yang dilaksanakan ialah menggantikan atap rumah tersebut yang sudah berkarat dan bocor.
Kebocoran itu juga menyebabkan beberapa bahagian di rumah kayu ini reput akibat kerap terkena air hujan. Selain itu, turut disumbangkan set peralatan mandi, makanan ringan, kelengkapan ibadah, tilam lipat, naskah Al Quran serta bahan bacaan dan mengajar.
Hadir ke program ini ialah Ahli Lembaga Pengarah YADIM, Dr Safinar Salleh, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya dan Ustaz Fadzli Abu Bakar daripada NGO Syabab Care.
Isád Al Usrah adalah program membaiki kediaman asnaf terpilih oleh YADIM bagi menaik taraf dan memberi keselesaan serta keceriaan kepada mereka. Ia sebelum ini telah diadakan di beberapa lokasi seperti Klang, Batu Kurau, Kuala Linggi dan Gua Musang.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *