Home » Citra Yadim » YADIM Melaka terima pengiktirafan MPHTJ

YADIM Melaka terima pengiktirafan MPHTJ

AYER KEROH – YADIM sentiasa mengukuhkan hubungan dengan rakan strategik untuk memastikan objektif melestari gerakan dakwah sentiasa terus dibawa kepada masyarakat.

Di Melaka, antara yang sentiasa menjalin kerjasama ialah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Sebagai menghargai kerjasama yang terjalin erat antara keduanya, YADIM Melaka telah diraikan dalam Majlis Aspresiasi MPHTJ 2022.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Alam Sekitar Negeri Melaka, Datuk Haji Zaidi Haji Attan. Hadir sama ialah Yang Dipertua MPHTJ  Datuk Shadan Bin Hj Othman Dan rakan-rakan stratergik MPHTJ sepanjang 2020-2022.

Hadir menerima plak dan sijil penghargaan untuk YADIM Melaka ialah Penyelarasnya, Mohd Nor Zahidi Mohd Ghazaly.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *