Home » Citra Yadim » YADIM menang perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1445H

YADIM menang perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1445H

KONTINJEN YADIM mengungguli perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1445H tahun ini sekali gus menjuarai kategori Jabatan Perdana Menteri.
Dengan markah 85.5 peratus, YADIM mengatasi 25 lagi kontinjen dalam perarakan tersebut.
Segak dan jelita berbaju Melayu dan kebarung berwarna biru, kontinjen YADIM seramai 37 orang hadir sebelum jam 6 pagi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk bersama lebih 3,700 lagi peserta perarakan.
Tempat kedua diraih Jabatan Audit Negara manakala tempat ketiga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Badan dakwah ini turut cemerlang di Bumi Kenyalang apabila YADIM Negeri Sarawak mendapat tempat kedua kategori badan berkanun dalam Majlis Perhimpunan Dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 2023/1445 yang turut diadakan hari ini.
YADIM Sarawak menyertai 245 lagi kontinjen yang berarak di Padang Central, Kuching bagi memeriahkan sambutan dalam perarakan tersebut.
Kontinjen YADIM Sarawak terdiri daripada kakitangan, anggota Sukarelawan YADIM dan Rakan Siswa YADIM.
Tahniah kepada peserta kontinjen YADIM dan sekretariat yang menjayakan acara tahun ini.
Sambutan Maulidur Rasul SAW adalah merupakan salah satu acara rasmi kerajaan yang disambut setiap tahun sama ada di peringkat Persekutuan dan negeri sesuai dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia.
Sama sama kita melestari gerakan dakwah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *