Home » Citra Yadim » Bengkel Kepentingan Pengurusan Pusaka

Bengkel Kepentingan Pengurusan Pusaka

PELATIH Akademi Daie Muda YADIM 2023 telah mengikut Bengkel Kepentingan Pengurusan Pusaka yang disampaikan oleh penceramah jemputan Encik Syed Aidid, Eksekutif Pembangunan Perniagaan daripada MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB).
Melalui perkongsian pada 27 dan 28 September ini para pelatih dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan perkhidmatan wasiat dan pengurusan harta pusaka kepada ahli keluarga dan masyarakat.
YADIM mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada MyAngkasa Amanah Berhad di atas kesudian bekerjasama bersama YADIM dalam menjayakan program Pembangunan Daie Muda YADIM.
Sebagai rekod, tahun ini merupakan tahun kedua MAAB bersama YADIM dalam menjayakan program Akademi Daie Muda YADIM.
MAAB adalah sebuah perbadanan yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 iaitu syarikat amanah yang patuh Syariah dan dimiliki oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).
MAAB menawarkan perkhidmatan perancangan dan pentadbiran pusaka seperti penulisan wasiat, hibah dan Amanah Pusaka Care dengan harga yang ditawarkan adalah antara yang terendah di pasaran. Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari myangkasaamanah.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *